2015
Tahun yang banyak mengajar erti kesabaran. Paling menguji kesabaran bila doktor bagitau anak dalam kandungan aku berisiko untuk jadi sindrom down dan masalah buah pinggang. Masa tu hanya Allah yang tahu persaan aku. Hari-hari berdoa semoga Allah permudahkan urusan aku dan memberikan kesihatan yang baik untuk anak dalam kandungan. Segalanya aku serahkan kepada Allah dan belajar untuk redha untuk terima walau apa pun keadaan anak itu nanti. Bermula dari situ lah kesihatan asyik terganggu dan selalu kena pergi buat follow up dengan doktor pakar. Dan untuk sekian kalinya doktor bagitahu tak selamat untuk bersalin normal.
Semua ni aku tak bagitau sesiapa termasuk family. Hanya aku dan suami je yang tau sebab kami tak nak buat semua orang risau dan lebih lagi tak mahu ada yang kait kan benda ni dengan segala benda yang tak masuk dek akal. Finally 5.3.2015 check in hospital dan 6.03.2015 lahirlah seorang bayi lelaki seberat 3.19 kg tanpa sebarang komplikasi. Mohammad Fareez Hazimy namanya. Oleh sebab kurang gula maka anak terpaksa duduk NICU 3 hari. Hanya masalah kurang gula dan Alhamdulillah
Ayish sihat. Betapa bersyukurnya kami. Allah permudahkan segala urusan kami. Alhamdulillah.
2016
Masih lagi kerja tempat yang sama,boss yang sama tapi management yang berlainan. Kembali kerja tanpa pembantu dan masih buat full set of account. Mengharap tahun ni memberi sedikit kemajuan buat syarikat dan kemajuan buat diri sendiri juga.Dengan keadaan ekonomi sekarang semua pun nak kena arrange balik. Kena kaji mana yang perlu dan tak perlu. Hidup dibandar ni gaji RM 3,000 tu pun masih kategori miskin bandar.Dengan gst lagi semua barang mahal. Pening dibuatnya.
Anak-anak makin membesar, makin banyak keperluannya tambah si kakak dah pandai dan tau minta apa yang dia nak. Tapi aku ikut macam arwah apak selalu ajar. Kalau anak minta beli kan makanan maka layan dan ikuti lah tapi andai kata anak hendakkan mainan itu terpulang pada kemampuan. Lebihkan belanja makan untuk anak-anak.
Tahun ni jugak banyak benda nak dicapai. Haahahhahahah
Terutama nak kuruskan badan.. yang ni dah berapa tahun punya azam tah tapi tak jugak jadi. adoiiiii...harap tahun ni jadi lah azam ni..kehkeheeh..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
MY FIRST BLOG
This is the example of the blog i created just now. It's not that good but I think its good enough for me,right? this is about me writ...
-
Aku kerja buat kira-kira untuk syarikat ni dah masuk tahun ke 10 ( sejak 2007 after grad ). Dan kebanyakan syarikat menggunakan accounting ...
-
Membaca dah jadi hobi sejak zaman berzaman lagi. Penulis yang pertama aku kenal dan baca novel nya ialah Ahadiat Akashah. Novelnya memang ce...
-
This is the example of the blog i created just now. It's not that good but I think its good enough for me,right? this is about me writ...
No comments:
Post a Comment