Friday, 18 March 2016

Manual vs System ( accounting )

Aku kerja buat kira-kira untuk syarikat ni dah masuk tahun ke 10 ( sejak 2007 after grad ). Dan kebanyakan  syarikat menggunakan accounting system. Accounting system kat Malaysia ni banyak tetapi perlu tahu kegunaan setiap system dan yang penting system yang nak di beli tu perlulah sesuai dengan keperluan dan kehendak syarikat. Setiap system tu mesti ada keunikan yang tersendiri. Antara system yang biasa dan user friendly adalah seperti Autocount, SQL, MYOB, UBS dan lain-lain.

Kebaikan gunakan system ni adalah untuk mudahkan sesebuah syarikat untuk rekodkan segala aktiviti yang melibatkan kewangan. Selain tu untuk system ini juga memudahkan staff-staff operasi untuk 'key in' job order, purchase order, delivery order , job no yang mana semua input dari staff operation tu diperlukan oleh account department. Bila end of the month apa segala jenis report yang management perlukan tinggal print je. Ianya lebih jimat kan masa dan senang cerita tak perlu nak fikir banyak. semuanya automatik.hihihih..
Tapi Awas.....kalau salah masukkan data dan info..maka masa tulah perlu perah otak untuk cari mana silap nya..masa ni berpeluh jugalah..silap-silap haribulan boleh migrain. Hahahahahah..

Masih relevan tak pembelajaran teori kat universiti? Ini soalan seorang pensyarah masa dia datang buat lawatan kat office aku dulu. Acctually ada student dia practikal kat tempat aku.
Pendapat aku,teori tu masih perlu dan sangat relevan untuk student. Sebab apa?Sebab tanpa teori mana mungkin seseorang itu boleh faham secara sendirinya. Tambah kalau accounting scope yang banyak teori yang perlu tau. Apa 'debit'  'credit '' reconcilation' 'material ' ' balance sheet item ' 'Profit and loss statement ' dan banyak lagi benda-benda asas yang perlu difahami.
Walaupun bila masuk alam pekerjaan, kebanyakkan semua guna system yang memang dah ada dan tersedia tapi perlu tahu asas supaya masa masukkan data tidak berlaku kesilapan.. Kalau nak diterangkan terlalu panjang tetapi untuk yang kerja bahagian account pasti akan tahu dan faham apa yang aku sampaikan.

Pengalaman sendiri masa aku practikal kat sebuah audit firm. Semua nya manual. Dari A-Z semuanya manual. Even untuk buat account company pun guna manual. Takde system. Masa tu gigih lah lukis table untuk buat profit and loss, balance sheet dan lain-lain. Tapi dari situ baru faham apa sebenarnya yang lecturer dok ajar kat dalam kelas tu.. Bila lecturer ajar mungkin kita faham asasnya tapi bila buat practikal baru nampak ...ooooo inilah yang belajar tu.

Untuk adik-adik yang nak buat practikal aku galakkan buat kat audit firm sebab banyak benda yang kite belajar kat kuliah tu yang akan dipractikkan kat audit firm. Bukan nak cakap practikal kat company lain tak bagus tapi untuk kefahaman yang lebih mendalam ada baiknya kat audit firm. Kalau kat company biasa takut tak semua boleh buat. Maksudnya sesetengah company tak benarkan student practical untuk guna accounting system, Mungkin hanya boleh buat bank reconcilation dan paling banyak pun buat filing. So macam rugi kan?

So good luck..

No comments:

Post a Comment

MY FIRST BLOG

  This is the example of the blog i created just now. It's not that good but I think its good enough for me,right? this is about me writ...