Friday, 12 February 2016

Ayish..Si hero mama dan papa

Ayish dan nak masuk setahun dah bulan depan. Ishhhhhh...macam tak percaya je sebab rasa macam baru je amik maternity leave...hahahah... Ayish dah banyak giginya dan kuat menggigit orang. Habis semua jadi mangsa. Mama,papa,kakak dan cikgu semua dah pernah ada kesan gigitan Ayish..heheheh

Ayish pun dah mula nak berjalan. Dah pandai menapak sikit-sikit. Dua tiga tapak je pastu jatuh. Hehehe. But its a good start untuk Ayish . Aku harap dia akan cepat berjalan dan berlari senang nak bawak pergi jogging. Poyooooo sangat mama ni kan. Papa pula excited nak tunggu Ayish besar nak bawa ke stadium tengok bola.

Hero ni anak manja sikit. Kuat jeles pun ya. Dia akan merengek kalau tengok kita manjakan kakaknya. Mulalah dia merajuk jatuhkan badan dia dan nangis sambil sembam muka ke lantai. Sabar ajalah. Dengan kakak pun nak jeles.

Melihat anak-anak membesar adalah satu anugerah dan nikmat yang sangat berharga walau pun terpaksa serahkan hak penjagaan kat pengasuh selama 8 jam pada hari bekerja. Tapi sedaya mungkin untuk balik awal dan ambil anak-anak. Akan cuba habiskan masa melayan anak-anak walaupun hakikatnya badan sangat penat. Tengok anak-anak gembira dan senyum riang sangat membahagiaan.

Semoga Allah memberi kesempatan untuk terus melihat anak-anak aku terus membesar dan berjaya di dunia dan Akhirat. In Shaa Allah....

Wednesday, 3 February 2016

Khas untuk kakak farah





Anakku, ( khas tuk kakak farah )

Mama marah bukan sebab tak sayang
Mama bebel bukan sebab mama benci
Semua tu sebab mama sayang anak mama.

Bila mama tegur,mama harap anak mama dengar,
Bila mama jerit,mama harap anak mama faham
Bila mama halang bermakna jangan buat atau ulang

Memang  dalam banyak hal mama akan tegas
Mama nak didik anak mama sama macam mama dididik
Mama garang tapi garang mama bertempat
Mama tak kan marah anak mama tanpa sebab.

Kakak selalu kacau adik, mama marah
Kakak tak nak makan , mama bebel
Kakak suka tidur lambat sebab tengok tab,marah jerit,
Kakak kata mama jahat, tak nak kawan mama,
Takpe mama tak ambil hati
Sebab mama tau suatu hari anak mama akan faham.

Sekarang anak mama kecik lagi
Tak faham apa yang mama cuba sampaikan
Tapi bila anak mama dah besar anak mama akan faham.
Mama sayang anak mama..


Isteri Menangis, Teman Wanita Senyum.


Setiap perkahwinan itu pasti akan diduga dengan pelbagai rintangan. Ada ketika hubungan itu bahagia,sedih, bergolak dan akan datang bermasalah. Semua itu Allah dah tentukan . Perjalanan hidup ini telah dirancang dengan teliti oleh Allah. Setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Mungkin hikmah dan kebaikan sesuatu perkara itu akan datang lambat tapi percaya dengan ketentuan Allah dan redha dalam menghadapi dugaannya.

Untuk mengekalkan hubungan yang baik antara suami dan isteri keduanya perlu mainkan peranan dan tahu tanggungjawab masing-masing. Baik buruk pasangan itu perlu diterima dengan hati yang terbuka dan jangan sesekali membandingkan dengan orang lain. Setiap orang ada kelebihan dan kekurangannya. Sentiasa berdoa supaya Allah memberi dan kekalkan kebahagiaan yang dibina hingga ke jannah.

Allah menguji seorang lelaki itu dangan kesenangan. Bila telampau senang sehingga lupa dengan tanggungjwab dia sebagai seorang ketua keluarga. Dengan senang hati boleh beli apa saja, boleh dapat apa yang dia nak termasuk perempuan. Tapi walau macam mana baik pun perempuan tapi bila dalam kesusahan pasti isteri yang akan dicari.

Aku sendiri dah tengok macam mana deritanya seorang isteri apabila suami ada perempuan lain sampai si isteri terpaksa menanggung segala perbelanjaan. Rumah habis tergadai dan hampir-hampir bercerai. Tapi Allah itu maha adil. Kegembiraan si suami tak akan bertahan lama. Allah akan memberi peringatan dengan menarik sikit demi sikit nikmat yang si suami ada.

Aku sentiasa berdoa kepada Allah agar aku dijauhi dari dugaan begini kerana aku takut aku tak mampu nak hadapi. Aku berdoa semoga Allah memberi kebahagian untuk aku dan suami untuk bahagia di dunia dan akhirat. Sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik perancang.

Untuk en suami .. i love you so much and will always with you till the end of my life. We will live happily with our lovely children.


Rindu abg long yang jauh dimata dekat dihati

Siapa abang long ni? Jauh dimata dekat dihati. Emmmm...perkara yang susah aku nak jawab bila ada yang tanya berapa orang anak? Selalu orang akan nampak dua orang je yang sentiasa ada dengan aku. Tapi sebenarnya aku ni ada seorang lagi anak. Anak yang jauh dari aku. Anak yang hanya sempat aku belai dan jaga 11 hari. Allah pinjam kan dia hanya untuk seketika. Namun dia tetap dihati aku selamanya.

Bila orang tanya aku akan cakap anak aku 3. Dan farah no 2 fareez no 3. Hati ni tak boleh nak menafikan farish sebagai abang long. Walau pun dia takde dengan aku tapi dia adalah sebahagian dari aku. Sebelum tidur tiap hari aku akan pasti kan aku cerita pasal arwah pada farah supaya dia tahu dia ada seorang abang. Abang yang tinggal di sjatu tempat yang indah dan menunggu kehadiran kita untuk bersama dia.

Aku juga berharap aku akan bertemu dengan hero aku ni. Sungguh dia tak pernah muncul dalam mimpi aku tetapi aku sentiasa berdoa untuknya. Berdoa semoga aku bertemu dengan nya...sungguh aku rindu arwah abang long Muhammad farish hakimi.Kelahiran dia satu anugerah yang terindah,permergian dia satu kententuan Allah yang menguji keimanan dan kesabaran hambanya.

Al-Fatihah untuk anak syurgaku....


Tuesday, 2 February 2016

Cinta Si Wedding Planner

Membaca dah jadi hobi sejak zaman berzaman lagi. Penulis yang pertama aku kenal dan baca novel nya ialah Ahadiat Akashah. Novelnya memang cerita-cerita remaja yang boleh dikatakan berlaku dalam kehidupan seharian. Ibarat kata baca novel tu dalam masa yang sama boleh terbayang watak nya dalam realiti punya kehidupan. Bila dah dewasa sikit makin banyak lah penulis-penulis yang aku baca novel nya. Koleksi novel pun bertambah-tambah..hahahahahah...mana yang ceritanya 'best' pasti akan diulang baca berkali-kali..yang tak berapa menarik jalan cerita nya akan tersimpan kemas lah kat alamari.

Sekarang dah jadi trend cerita dari novel tu diadaptasi kan ke drama atau Filem. Yang paling latest yang berkesempatan tengok ialah Cinta Si Wedding Planner. Pelakon cerita ni Mira Filzah dan Adi Putra. Sebenarnya dah baca novel pun dan dah tau jalan ceritanya cuma tetap nak tengok dramanya..saja-saja nak feel lain kot..hahahahha

Jalan ceritanya boleh dikatakan sama dengan dalam novel cuma adalah ubah sikit-sikit. Tapi apa yang paling aku respect adalah dalam cerita ni takde pun sentuh-sentuh, peluk-peluk atau adegan yang romantik terlampau. Nak tunjukan watak suami isteri pun takde sentuh-sentuh tapi aku sebagai penonton masih boleh menghayati ceritanya. Aku respect ngan pelakon Mira Filzah ni sebab dia berjaya bawa watak isteri tanpa perlu lakonkan seperti realiti. Seorang pelakon bertudung yang betul-betul menjaga diri sebagai wanita berhijab. Owh dia pun cantik sebenarnya..hahahahahah..
Adi Putra pulak memang tak perlu nak pertikaikan lagi. Dia kan SRK Malaysia...

Cerita ni baru masuk 20 episod, Masih ada 8 episod kot..Tiap kali tengok cerita ni buat aku tersenyum sorang-sorang. Kalau dah camtu haruslah jadi bahan ejekan encik suami. Hahahahha...


Monday, 1 February 2016

Impian dan harapan 2016

2015

Tahun yang banyak mengajar erti kesabaran. Paling menguji kesabaran bila doktor bagitau anak dalam kandungan aku berisiko untuk jadi sindrom down dan masalah buah pinggang. Masa tu hanya Allah yang tahu persaan aku. Hari-hari berdoa semoga Allah permudahkan urusan aku dan memberikan kesihatan yang baik untuk anak dalam kandungan. Segalanya aku serahkan kepada Allah dan belajar untuk redha untuk terima walau apa pun keadaan anak itu nanti. Bermula dari situ lah kesihatan asyik terganggu dan selalu kena pergi buat follow up dengan doktor pakar. Dan untuk sekian kalinya doktor bagitahu tak selamat untuk bersalin normal.
Semua ni aku tak bagitau sesiapa termasuk family. Hanya aku dan suami je yang tau sebab kami tak nak buat semua orang risau dan lebih lagi tak mahu ada yang kait kan benda ni dengan segala benda yang tak masuk dek akal. Finally 5.3.2015 check in hospital dan 6.03.2015 lahirlah seorang bayi lelaki seberat 3.19 kg tanpa sebarang komplikasi. Mohammad Fareez Hazimy namanya. Oleh sebab kurang gula maka anak terpaksa duduk NICU 3 hari. Hanya masalah kurang gula dan Alhamdulillah
Ayish sihat. Betapa bersyukurnya kami. Allah permudahkan segala urusan kami. Alhamdulillah.

2016 

Masih lagi kerja tempat yang sama,boss yang sama tapi management yang berlainan. Kembali kerja tanpa pembantu dan  masih buat full set of account. Mengharap tahun ni memberi sedikit kemajuan buat syarikat dan kemajuan buat diri sendiri juga.Dengan keadaan ekonomi sekarang semua pun nak kena arrange balik. Kena kaji mana yang perlu dan tak perlu. Hidup dibandar ni gaji RM 3,000 tu pun masih kategori miskin bandar.Dengan gst lagi semua barang mahal. Pening dibuatnya.
Anak-anak makin membesar, makin banyak keperluannya tambah si kakak dah pandai dan tau minta apa yang dia nak. Tapi aku ikut macam arwah apak selalu ajar. Kalau anak minta beli kan makanan maka layan dan ikuti lah tapi andai kata anak hendakkan mainan itu terpulang pada kemampuan. Lebihkan belanja makan untuk anak-anak.
Tahun ni jugak banyak benda nak dicapai. Haahahhahahah
Terutama nak kuruskan badan.. yang ni dah berapa tahun punya azam tah tapi tak jugak jadi. adoiiiii...harap tahun ni jadi lah azam ni..kehkeheeh..





MY FIRST BLOG

  This is the example of the blog i created just now. It's not that good but I think its good enough for me,right? this is about me writ...