Ini cerita pasal interview yang aku pergi baru ni.( opss)...ok pasal pa pergi interview ni nanti aku cerita. Tapi sekarang ni nak cerita pasal hal yang jadi masa interview tu. Sebenarnya dah lama aku tak hadir mana-mana interview ni sebab terasa diri dah tua sangat nak menjawab soalan dan terasa tua sangat nak start all over again. Tapi disebab kan ada sebab maka hadir juga lah interview nya.
Mula-mula aku terpaksa jawab soalan pasal double entry.Soalan yang pertama ok lah. Boleh jawab dengan jayanya..tetapi bila masuk soalan no 2 aku terus jadi blur kejap.. OMG pivot table? alamak..macam mana nak buat? blur...terus blur.. dalam hati dah terdetik masak lah camni. First stage dah gagal. belum lagi masuk 2nd stage.
So bertabahlah..buat aje lah mana yang tau. Tapi sebenarnya tak tau...huhuhuhu.Actually pivot table ni pernah buat time kerja kat egineering company dulu. Tapi itu pun jarang sangat gunanya. So betul-betul tak tak ingat dan tak tau nak buat. Maka soalan ke 2 itu tak berjawab lah kesudahannya.
Dari situ hati dah tak ada semangat nak jawab soalan penemuduga tu. Jawab pun tergagap sebab dari awal dah tau mesti tak dapat. Bila account manager tu tanya ada apa-apa nak tanya tak? terus aku cakap takde walaupun sebenarnya banyak nak tau pasal company tu. Emmm...bila Cik Lisa dah give up..otak pun dah blank maka sampai situ aja lah kan....hahahhaha
nota kaki: Perlu belajar pasal excell pulak lepas ni...
Monday, 28 March 2016
Friday, 18 March 2016
Manual vs System ( accounting )
Aku kerja buat kira-kira untuk syarikat ni dah masuk tahun ke 10 ( sejak 2007 after grad ). Dan kebanyakan syarikat menggunakan accounting system. Accounting system kat Malaysia ni banyak tetapi perlu tahu kegunaan setiap system dan yang penting system yang nak di beli tu perlulah sesuai dengan keperluan dan kehendak syarikat. Setiap system tu mesti ada keunikan yang tersendiri. Antara system yang biasa dan user friendly adalah seperti Autocount, SQL, MYOB, UBS dan lain-lain.
Kebaikan gunakan system ni adalah untuk mudahkan sesebuah syarikat untuk rekodkan segala aktiviti yang melibatkan kewangan. Selain tu untuk system ini juga memudahkan staff-staff operasi untuk 'key in' job order, purchase order, delivery order , job no yang mana semua input dari staff operation tu diperlukan oleh account department. Bila end of the month apa segala jenis report yang management perlukan tinggal print je. Ianya lebih jimat kan masa dan senang cerita tak perlu nak fikir banyak. semuanya automatik.hihihih..
Tapi Awas.....kalau salah masukkan data dan info..maka masa tulah perlu perah otak untuk cari mana silap nya..masa ni berpeluh jugalah..silap-silap haribulan boleh migrain. Hahahahahah..
Masih relevan tak pembelajaran teori kat universiti? Ini soalan seorang pensyarah masa dia datang buat lawatan kat office aku dulu. Acctually ada student dia practikal kat tempat aku.
Pendapat aku,teori tu masih perlu dan sangat relevan untuk student. Sebab apa?Sebab tanpa teori mana mungkin seseorang itu boleh faham secara sendirinya. Tambah kalau accounting scope yang banyak teori yang perlu tau. Apa 'debit' 'credit '' reconcilation' 'material ' ' balance sheet item ' 'Profit and loss statement ' dan banyak lagi benda-benda asas yang perlu difahami.
Walaupun bila masuk alam pekerjaan, kebanyakkan semua guna system yang memang dah ada dan tersedia tapi perlu tahu asas supaya masa masukkan data tidak berlaku kesilapan.. Kalau nak diterangkan terlalu panjang tetapi untuk yang kerja bahagian account pasti akan tahu dan faham apa yang aku sampaikan.
Pengalaman sendiri masa aku practikal kat sebuah audit firm. Semua nya manual. Dari A-Z semuanya manual. Even untuk buat account company pun guna manual. Takde system. Masa tu gigih lah lukis table untuk buat profit and loss, balance sheet dan lain-lain. Tapi dari situ baru faham apa sebenarnya yang lecturer dok ajar kat dalam kelas tu.. Bila lecturer ajar mungkin kita faham asasnya tapi bila buat practikal baru nampak ...ooooo inilah yang belajar tu.
Untuk adik-adik yang nak buat practikal aku galakkan buat kat audit firm sebab banyak benda yang kite belajar kat kuliah tu yang akan dipractikkan kat audit firm. Bukan nak cakap practikal kat company lain tak bagus tapi untuk kefahaman yang lebih mendalam ada baiknya kat audit firm. Kalau kat company biasa takut tak semua boleh buat. Maksudnya sesetengah company tak benarkan student practical untuk guna accounting system, Mungkin hanya boleh buat bank reconcilation dan paling banyak pun buat filing. So macam rugi kan?
So good luck..

Monday, 7 March 2016
Keputusan SPM
Oh yeahhhhhh....semalam keputusan SPM dah diumumkan. Dan aku paling suka bila tengok berita kat tv ada keluar adik-adik yang resultnya bagus dengan muka happy. Kalau result bagus siapa tak happy kan. Mak ayah pun mesti bangga dengan keputusan anak yang mana cemerlang tu. Yang mana kurang bernasib baik tu,jangan risau sangat sebab mungkin SPM bukan rezeki tapi Allah nak bagi rezeki yang lain dimasa akan datang.
Bila bercakap soal mak ayah ni memang tak boleh dinafikan harapan mereka nak anak cemerlang. Tambah pulak ada anak-anak sedara mara,atau kawan-kawan yang ambil SPM juga. Secara tak langsung persaingan itu wujud dan masing-masing mengharapkan kecermerlangan anak-anak. Tapi apa juga keputusan yang anak terima mak ayah perlu redha,sebab setiap yang berlaku dah tertulis dan perlu diterima. Ibarat kata benda dah pun berlaku dan dah tak boleh diubah. Mak ayah perlu bantu dan bagi sokongan kat anak-anak dengan bagi mereka semangat untuk teruskan cita-cita. Setiap anak setiap manusia ni diberi keistimewaan dan kelebihan yang berbeza. Mungkin kurang cemerlang dalam SPM tapi siapa tahu dia akan bejaya dalam bidang lain. Akademik yang cemerlang bukan penentu kejayaan seseorang dan gagal dalam akademik bukan penghalang untuk berjaya dimasa depan. Apa yang penting usaha,tawakal,berdoa dan tetapkan hati dan nekad untuk menjadi yang lebih baik. As a parent we must give them a support and dont let them down just because their SPM result is not good enough.
Keputusan SPM aku dulu pun teruk..hahhahhaha..masa tu tahun 2000. Disebabkan dah dapat jangka kan apa result yang akan dapat awal-awal dah bagitau kat mak. Aku ingat lagi masa tu tolong mak sapu laman rumah..aku cakap dengan mak jangan terlalu mengharap aku dapat result yang bagus dan jangan mengharap aku dapat masuk universiti. Lepas cakap tu mak macam tak puas hati lah jugak tapi sebelum mak mula keluarkan segala fakta,ceramah atau bebelan dia aku cepat-cepat bagitau mak aku akan buat mak bangga dengan aku. Terus mak diam. Mungkin cuba terima hakikat kot..
Memang tepat ramalan aku. Keputusan yang tak berapa nak cemerlang tapi dengan keputusan itu aku cuba nasib isi borang UPU. Ambil course yang berpadanan dengan keputusan. Alhamdulillah,.. Allah dah tetapkan rezeki untuk aku melangkah ke Universiti. Tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii..... dapat uni yang sangat jauh..huhuhu..
So pesan akak tuk adik-adik walau apa pun keputusan yang diterima jangan mudah berpuas hati. Kalau gagal bukan selamanya kita akan gagal. Usaha lebih sikit, tekad kan dalam hati dan berdoa. Inshaallah mesti berjaya.

Subscribe to:
Comments (Atom)
MY FIRST BLOG
This is the example of the blog i created just now. It's not that good but I think its good enough for me,right? this is about me writ...
-
Aku kerja buat kira-kira untuk syarikat ni dah masuk tahun ke 10 ( sejak 2007 after grad ). Dan kebanyakan syarikat menggunakan accounting ...
-
Membaca dah jadi hobi sejak zaman berzaman lagi. Penulis yang pertama aku kenal dan baca novel nya ialah Ahadiat Akashah. Novelnya memang ce...