Monday, 7 March 2016

Keputusan SPM

Oh yeahhhhhh....semalam keputusan SPM dah diumumkan. Dan aku paling suka bila tengok berita kat tv ada keluar adik-adik yang resultnya bagus dengan muka happy. Kalau result bagus siapa tak happy kan. Mak ayah pun mesti bangga dengan keputusan anak yang mana cemerlang tu. Yang mana kurang bernasib baik tu,jangan risau sangat sebab mungkin SPM bukan rezeki tapi Allah nak bagi rezeki yang lain dimasa akan datang.
Bila bercakap soal mak ayah ni memang tak boleh dinafikan harapan mereka nak anak cemerlang. Tambah pulak ada anak-anak sedara mara,atau kawan-kawan yang ambil SPM juga. Secara tak langsung persaingan itu wujud dan masing-masing mengharapkan kecermerlangan anak-anak. Tapi apa juga keputusan yang anak terima mak ayah perlu redha,sebab setiap yang berlaku dah tertulis dan perlu diterima. Ibarat kata benda dah pun berlaku dan dah tak boleh diubah. Mak ayah perlu bantu dan bagi sokongan kat anak-anak dengan bagi mereka semangat untuk teruskan cita-cita. Setiap anak setiap manusia ni diberi keistimewaan dan kelebihan yang berbeza. Mungkin kurang cemerlang dalam SPM tapi siapa tahu dia akan bejaya dalam bidang lain. Akademik yang cemerlang bukan penentu kejayaan seseorang dan gagal dalam akademik bukan penghalang untuk berjaya dimasa depan. Apa yang penting usaha,tawakal,berdoa dan tetapkan hati dan nekad untuk menjadi yang lebih baik. As a parent we must give them a support and dont let them down just because their SPM result is not good enough.
Keputusan SPM aku dulu pun teruk..hahhahhaha..masa tu tahun 2000. Disebabkan dah dapat jangka kan apa result yang akan dapat awal-awal dah bagitau kat mak. Aku ingat lagi masa tu tolong mak sapu laman rumah..aku cakap dengan mak jangan terlalu mengharap aku dapat result yang bagus dan jangan mengharap aku dapat masuk universiti. Lepas cakap tu mak macam tak puas hati lah jugak tapi sebelum mak mula keluarkan segala fakta,ceramah atau bebelan dia aku cepat-cepat bagitau mak aku akan buat mak bangga dengan aku. Terus mak diam. Mungkin cuba terima hakikat kot..
Memang tepat ramalan aku. Keputusan yang tak berapa nak cemerlang tapi dengan keputusan itu aku cuba nasib isi borang UPU. Ambil course yang berpadanan dengan keputusan. Alhamdulillah,.. Allah dah tetapkan rezeki untuk aku melangkah ke Universiti. Tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii..... dapat uni yang sangat jauh..huhuhu..
So pesan akak tuk adik-adik walau apa pun keputusan yang diterima jangan mudah berpuas hati. Kalau gagal bukan selamanya kita akan gagal. Usaha lebih sikit, tekad kan dalam hati dan berdoa. Inshaallah mesti berjaya.

No comments:

Post a Comment

MY FIRST BLOG

  This is the example of the blog i created just now. It's not that good but I think its good enough for me,right? this is about me writ...