Monday, 27 June 2016

Tinggal Kenangan (2012-2016)

Apa yang saya sangat takut dan selalu berfikir mengenainya akhirnya terjadi jugak. Hampir setahun saya cuba untuk pertahankan, melalukan apa saja demi untuk selamatkannya, selalu lupakan pasal diri sendiri demi untuk melihatnya terus maju dan berkembang. Saya gigih siapkan kerja-kerja yang terbengkalai selama saya cuti bersalin. Saya cekal kan hati untuk melihat ianya terus membangun dan berkembang. Saya sanggup berkerja walaupun masih dalam cuti bersalin dengan bantuan sahabat menghantar semua document ke rumah dan saya menghadap kertas-kertas, laptop,sytems dan buat analisis sehingga awal pagi. Saya memang tak kisah sebab saya tak sanggup untuk terima hakikat ianya hampir jatuh.

Tetapi siapa lah saya untuk terus bertahan, Saya hanya insan kecil yang hanya mampu memberikan pendapat,pandangan dan tenaga sedangkan mereka yang lebih berpengaruh, lebih tinggi jawatan hanya diam tanpa berbuat apa-apa. Saya bukan pemilik, bukan juga boss tetapi saya hanyalah seorang pekerja biasa. Apalah yang mampu saya buat sekiranya mereka yang patut berusaha mempertahankan sebuah syarikat hanya ambil sambil lewa sahaja.

Saya rasa sangat berat hati kerana saya rasa syrikat ini ada potensi untuk terus maju sekiranya semua component dalam syarikat bekerjasama dan memberikan yang terbaik. Tapi apa yang sangat susah untuk diubah adalah attitude seseorang. Tambahan pula bila sudah rasa sangat selesa dengan apa yang telah ada, sampai merasakan apa yang ada itu akan kekal. Sedangkan ada pepatah berkata mudah untuk mencapai kejayaan tetapi amat payah untuk mengekalkan kejayaan itu.

Akhirnya 31 May 2015 adalah menjadi satu tarikh dimana saya dengan tanpa rela terpaksa pergi tinggalkan segala kenangan selama 3 tahun disitu. Sayu hati untuk melangkah. Berat hati untuk biarkan segala nya.. tetapi Allah ada perancangan lain untuk diri ni. Percaya pada rezeki dan percaya setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Percaya pada rezeki yang akan datang. Friendship will never end ever we are not in the same company but we can still be together. Wish all the best to all of us and hope one day we will work together again. We miss all the memories and kept in my hearth.

No comments:

Post a Comment

MY FIRST BLOG

  This is the example of the blog i created just now. It's not that good but I think its good enough for me,right? this is about me writ...