Tuesday, 6 December 2016

Happy 9 years working anniversary...

Dec 2007

Memulakan kerjaya sebagai account executive di sebuah syarikat logistik. Masa tu gaji yang ditawarkan RM 1500 untuk 3 bulan percubaan, Andaikata prestasi kerja yang bagus akan ada kenaikan gaji. ( as per offer letter ). Permulaan yang agak mencuak kan bagi seorang budak fresh ,yang belum ada apa-apa pengalaman dan belum memahami sepenuhnya selok belok accounting in term of work. Kena start dari awal dan kena ambik alih kerja orang dalam erti kata lain kerja yang ditinggalkan tu berterabur dan tak tersusun. Heheheheh masa tu memang pecah kepala jugak lah nak cari satu-satu dokument,nak godek-godek account system yang satu benda pun tak tahu. Dan yang paling haru auditor is coming for audit soon... mau tak gelabah kucing masa tu. Akaun pulak tak update dari bulan mac.  ohhhh mati la nak...

Normal lah bila budak baru memang takde lah sesiapa nak layan sangat. Tambah pulak En Manager aka boss pulak on medical. Maka makin lah cacar marba nya aku ni sebagai pendatang baru. Dengan work station nya tak ada terpaksa lah aku ni menumpang kat bilik manager sementara. Sedih lah jugak time tu tapi nak buat camne kan..terima jelah. Nak demand lebih-lebih nanti dikatakan belagak diva pulak. Sementara en boss takde aku kena report duty kat accountant yang aku namakan Miss 'S'.
Dia ni memang langsung tak membantu pun. Bila tanya apa-apa dia akan cakap camni '' you are degree student. Why you asked me that simple question? You go and find the anwer by yourself. dont asked the stupid question''.... pergh kerek gile. Terkedu gak aku.Tapi nasib baik ada gak lah senior-senior yang bersimpati dengan aku. Datang dan pujuk aku dan bagitahu memamg Ms S tu gitu. Hhahahah.. so kesimpulannya aku banyak belajar sendiri dan dibantu oleh senior-senior kat situ.

Ok cerita pasal department aku pulak. Department aku kecil aje. Ada 5 orang staf aje. Manager (1),operation (2) ,hr and admin (1) dan account (1). Bila tak ramai maka kami sangat rapat. Ibarat macam adik beradik. Ada masa kami serius,ada masa kami gelak dan ada masa kami nangis ( itu aku ) hahahaaha. Memang sangat best time tu dan dapat pulak boss yang sangat baik hati. Walau pun berlainan agama tapi dia selalu tegur aku kalau aku pakai baju yang dia rasa tak sesuai dengan personaliti aku yang bertudung litup ni. Maklum lah time muda remaja aku pun terlebih jugak. Hahahahahhah. Satu benda yang boss aku ni selalu cakap dia anggap aku ni macam adik dia. So kalau dia marah aku dia akan marah sama macam seorang abang marah adik nya. Dengan boss aku memang takde rahsia. Kalau pun aku nak rahsia or sorok apa-apa memang tak kan berjaya sebab dia tahu macam mana nak korek rahsia. Maka dia selalu akan tengok aku nangis. Hubungan rapat aku ngan boss ni pun ada yang buat cerita. Konon aku ni anak emas boss..tak pernah kena marah...apa aku buats semua betul..tapi diaorg tak tahu yang aku ni selalu kena maki,selalu kena marah lagi teruk dari orang lain.

Syarikat ni memang best sebab semua macam family. Kita panggil each others pun kakak dan abang. Politik tu adat lah. Mana -mana pun ada. Sama jugak '' makcik kantin '' yang suka gosip-gosip , internet bergerak pun ada. Walau pun dah tak kerja kat sana terlalu banyak kenangan suka dan duka yang memang akan terpahat kukuh kat dalam hati ni. Mana mungkin nak lupa tempat pertama aku cari rezeki dan tempat bertemu jodoh jugak. Hhahhahahahah...rindu dengan mereka dan ada antara rakan sekerja aku dulu dan pergi mengadap Yang Maha Pencipta, Semoga roh mereka dicucuri rahmat.Walau pun dah tak kerja satu bumbung masih ada antara kami yang still berhubung. Especially my boss.. masih lagi menjadi kawan selama nya.

2016
9 tahun bekerja ,( 8 tahun logistik company,1 tahun engineering company) terlalu banyak pengalaman pahit manis. Dah lihat macam-macam kerenah dan perangai manusia, Berapa ramai yang datang dan pergi. Zaman sekarang jauh beza dengan zaman dulu. Ekonomi yang tak stabil dan merosot. Banyak syarikat -syarikat yang tak mampu nak survive dalam keadaan ekonomi yang sedang tenat ni. Dan aku antara yang mengalami zaman kejatuhan bila mana syarikat tempata ku bekerja gulung tikar. 3 bulan jobless dan syarikat masih berhutang gaji akhir hingga kini. Zaman sekarang sijil dan pengalaman yang ada bukan jaminan untuk dapat kerja. Aku pernah pergi berpuluh interview tapi satu pun tak dapat dengan alasan terlalu banyak pengalaman dan mereka hanya perlukan fresh graduate. Yeah..fresh graduate hanya perlu bayar gaji minimum dan terpulang sama ada mereka nak atau tak. Untuk yang fresh,ambil apa saja peluang yang ada depan mata sebab kat luar sana tu berapa ramai yang masih tanam anggur? Antara sebab nya terlalu memilih kerja. Minta maaf ye dalam zaman sekarang kalau fresh graduate dah berangan gaji 3k ke atas tu lupakan lah.

Lepas 3 bulan tanam anggur finally ada syarikat yang offer kerja. Syarikat bumiputra dan ni pun pakai kabel jugak. Kalau tak memang tak kan dapat lah kot..hahahah..so sekarang i am happy working with the company. Dan mengharapkan rezeki untuk company ni akan terus melimpah ruah,. Inshaallah.

So 9 tahun masih lagi berkhidmat dalam bidang perakaunan, Congratulation to me and hopefully more succesful in the future. Aminnn.

No comments:

Post a Comment

MY FIRST BLOG

  This is the example of the blog i created just now. It's not that good but I think its good enough for me,right? this is about me writ...