Monday, 6 August 2018

Sabar Itu Indah.. Alhamdulillah

Semua orang tau sabar itu separuh dari iman. Sabar itu perlukan pengorbanan dari semua segi.
Menghadap kerenah politik kat office kadang-kadang buat diri rasa terhina. Lagi-lagi bila dengan tiba-tiba muncul musuh-musuh yang tak diundang. Seriusly memang sangat sakit rasanya masa tu.
Semua orang anggap aku ni punca pergaduhan dan punca permasalah antara Miss R dan Mr A.. 
Mereka tu bukanlah suami isteri mahupun kasih kekasih, hanya sekadar teman rapat sahaja.
Mulanya kami bertiga memang rapat. Hingga satu ofis kata kami ni ibarat belangkas.

Sehingga satu hari ada perselisihan faham dalam kerja. Dan aku menjadi penyelamat untuk siapkan segala yang tertangguh dengan arahan Mr A. Ms R merasakan aku merampas dan mengambil alih kerja dia dan dia mula istiharkan diri dia tidak lagi berada dalam department Mr A. Dari hari ke hari hubungan kami makin renggang. Mr A juga ambil sikap diam diri walau pun dah dipujuk untuk berdepan dan selesaikan masalah. Sebab pada Mr A, segala hal dan arahan yang diberi tak perlu dipertikai disebab kan arahan itu adalah dari seorang BOSS..bukan dari seorang kawan.

Sejak dari hal itu dia ditukar kan ke department lain dan aku membantu Mr A dalam hal-hal pengurusan ( sebab belum rasmi pertukaran department). Dan berbulan kami dibenci. Dijadikan bahan kutukan, diperli tiap kali meeting, dikatakan punca pergaduhan dan macam-macam lagi. Kami hanya berdiam diri tanpa apa-apa balasan terhadap tuduhan tu. Orang kata diam itu lebih baik kan?Buat apa kami nak tambah bara dalam api yang tengah marak.?
Fitnah tu dah lali. Hari-hari ada je isu yang di bangkit kan. 

Orang lain juga membenci. Walau pun mereka tak tahu kisah sebenar. Aura negatif terlalu kuat masa tu. Aku pun hampir-hampir tewas dek umpatan dan kejian dari pihak sana. Mujur ada mereka-mereka yang sentiasa ada disamping aku..yang memberi semangat..yang bagi kekuatan dan keyakina diri. Sebab mereka kenal siapa aku.

Kemuncak kebencian mereka bila meraikan kenaikan pangkat dan pertukaran Ms R ke cawangan lain. Mereka meraikan dengan bua makan-makan kat ofis. Sungguh rasa terhina sangat bila semua dijemput kecuali aku. ( Mr A outstation). Dan aku umpama manusia bodoh yang disisihkan. Semua satu office dijemput kecuali aku. Perasaan masa tu rasa sedih sangat tapi kata pada diri ..takpe sabar..Allah sedang menguji..

Alhamdulillah.keadaan beransur ok bila Ms R dah takde kat ofis. Semua pun mula berbaik dengan kami dan semua unsur-unsur negatif hilang sekelip mata. Pelik kan? Tapi kami tak ambil port pun. Yang penting semua kerja settle dan hubungan antara rakan sekerja tu bertambah ok pun dah Alhamdulillah.

Allah dah kata ..beruntunglah bagi orang-orang yang sabar kerana ganjaran nya amatlah manis. Setelah hampir 5 bulan dan kami dapat tahu Ms R dipanggil ke HQ untuk tunjuk sebab disebabkan performance yang kurang memuaskan. Dan terdapat jugak pelbagai lagi versi cerita yang tak tau betul atau salah nya. Dan aku memang tak ambil port dan tak nak tahu pun.

Dan apa yang lebih membuatkan diri ini rasa amat bersyukur bila boss sendiri akui kesilapan dia menilai antara dia dan aku. Kesilapan dia mendengar hanya disatu pihak. Kesalahan dia menilai aku dari cerita-cerita yang disampaikan kepadanya. Hinggalah dia bagitau " i am totally wrong to judge you. Now i know the true color. Dan you memang selayaknya berada dimana you ada sekarang. You are better than her "
Tersentak jugak bila big boss cakap macam tu..hahahhhah...tapi saya hanya jawab jangan beza-bezakan saya dengan dia..
Alhamdulillah..berkat sabar selama ini..diam bila difitnah..senyum bila dicerca dan menangis dalam diam bila terpaksa tahan derita. Akhirnya Allah makbul doa untuk tunjukan kebenarannya.. Alhamdulillah..

Kata Mr A.. You Are Win Lisa.... Alhamdulillah...

No comments:

Post a Comment

MY FIRST BLOG

  This is the example of the blog i created just now. It's not that good but I think its good enough for me,right? this is about me writ...