Saturday, 8 August 2020
Perintah Kawalan Pergerakan ( Part 1)
Perintah kawalan pergerakan ni bermula pada 18/03/2020 disebabkan penularan virus Covid-19. Kebanyakkan industri di Malaysia terpaksa tutup atau hentikan sementara aktiviti perniagaan. Hanya industri-industri tertentu sahaja di benarkan beroperasi dengan bersyarat.Perlu patuhi garis panduan yang di tetapkan.
Untuk aku sendiri yang berkerja disektor perhotelan dan tentu terpaksa terima hakikat untuk bercuti tanpa gaji. Ini kerana antara sektor yang paling terjejas akibat dari pandemic covid-19 ni adalah sektor perhotelan dan perlancongan. Semua pintu masuk sempadan negara ditutup dan aktiviti perlancongan dalam negeri juga tidak dibenarkan. Secara logik akal, mana mungkin ada orang berani nak bercuti di saat negara dilanda virus yang sangat berbahaya. Virus yang tak nampak dimata, tak tahu siapa pembawa dan sangat mudah merebak.
Setelah redha dengan kehilangan kerja dan juga pendapatan, maka berkurunglah aku kat rumah. Dan lagi buat rasa tertekan bila anak-anak terkandas dikampung. Ya,anak-anak balik kampung awal cuti sekolah dan sepatutnya duduk kat kampung untuk seminggu sahaja. Tapi bila dilaksana perintah kawalan pergerakan (PKP) jadi kami tak dapat ambil anak-anak. Rentas negeri juga adalah dilarang.
Setiap hari aku berdoa, semoga semua ni cepat-cepat berakhir. Hari-hari telefon anak-anak untuk hilangkan rindu. Tapi berbual di telefon tak sama dengan adanya anak-anak depan mata. Rindu nak bersembang dengan diaorang, rindu nak bergaduh dan sesungguhnya tiada anak-anak tak berseri rumah.Ada yang cakap, " takpe, anak-anak selamat kat kampung. Kalau kat bandar banyak terdedah dengan virus ni ". Betul, tapi adalah lagi elok kalau anak-anak ada depan mata. Mak ayah sendiri pantau anak-anak.Bukan menafikan cara nenek/ opah jaga cucu tapi yang terbaik anak-anak ada dengan kita.
Setiap dua minggu menunggu pengumumuan Perdana Menteri, mengharapkan yang terbaik dan semestinya mengharapkan agar PKP berakhir. Hanya mampu berharap memandangkan kes masih tiga angka mustahil PKP akan ditamatkan. Dan setiap kali Abah PM umumkan PKP kan dilanjutkan secara automatik air mata mengalir. Terus terbayang anak-anak. Memang masa tu rasa 'down' sangat teruk. Suami jadi risau sebab tengok aku asyik nangis, rindu kan anak-anak.Mata bengkak-bengkak dan hilang selera makan. Hanya Allah yang tau keadaan aku masa tu. Hilang kerja, hilang mata pencarian pun aku tak nangis teruk tapi bila tak dapat jumpa anak-anak rasa hilang arah.
Suami pujuk aku, dia suruh sabar. Nanti dia akan usahakan bawa anak-anak balik. Cuma tengok pada keadaan semasa. Ya,aku mengharapkan semua akan kembali pulih. Dan berdoa anak-anak kat kampung sentiasa dilindung Allah dari segala penyakit dan musibah. Dah jadi rutin harian untuk kami telefon mereka. Sehari tu tak kurang dari dua kali.
Disaat aku diuji dengan hilang kerja tapi Alhamdulillah suami masih tetap bekerja seperti biasa memandangkan syarikat tempat suami bekerja tu antara industri yang dibenarkan beroperasi. Dan dikurniakan suami yang sangat 'cool' juga rasa diri sangat bertuah. Setiap kali aku tanya suami apa akan jadi andai aku takde kerja selama tempoh PKP? boleh ke kita survive ? Hutang-hutang semua ?. Walaupun masih baru dalam PKP tapi aku punya fikiran ni advance sikit. Suami hanya cakap " InshaAllah,ada rezeki nanti. Pasal hutang-hutang tu kita jangan fikir sekarang. Nanti sakit kepala. Kita just follow the flow. Sampai masa nanti kita sama-sama fikir. Pasti akan ada jalan penyelesaian." Sungguh tenang bukan jawapannya? Hahahahahah.
Banyak lagi aku nak tulis pasal PKP ni. Nanti aku sambung.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
MY FIRST BLOG
This is the example of the blog i created just now. It's not that good but I think its good enough for me,right? this is about me writ...
-
Aku kerja buat kira-kira untuk syarikat ni dah masuk tahun ke 10 ( sejak 2007 after grad ). Dan kebanyakan syarikat menggunakan accounting ...
-
Membaca dah jadi hobi sejak zaman berzaman lagi. Penulis yang pertama aku kenal dan baca novel nya ialah Ahadiat Akashah. Novelnya memang ce...
-
This is the example of the blog i created just now. It's not that good but I think its good enough for me,right? this is about me writ...
No comments:
Post a Comment