Tuesday, 15 April 2025

MY FIRST BLOG

 


This is the example of the blog i created just now. It's not that good but I think its good enough for me,right? this is about me writing a blog for the first time

this is the screenshot of my blog,im going to tell you about the subject ASK✶

please click here

"You create your own opportunities. Success doesn’t just come and find you–you have to go out and get it."

Saturday, 8 August 2020

Perintah Kawalan Pergerakan ( Part 1)

Perintah kawalan pergerakan ni bermula pada 18/03/2020 disebabkan penularan virus Covid-19. Kebanyakkan industri di Malaysia terpaksa tutup atau hentikan sementara aktiviti perniagaan. Hanya industri-industri tertentu sahaja di benarkan beroperasi dengan bersyarat.Perlu patuhi garis panduan yang di tetapkan. Untuk aku sendiri yang berkerja disektor perhotelan dan tentu terpaksa terima hakikat untuk bercuti tanpa gaji. Ini kerana antara sektor yang paling terjejas akibat dari pandemic covid-19 ni adalah sektor perhotelan dan perlancongan. Semua pintu masuk sempadan negara ditutup dan aktiviti perlancongan dalam negeri juga tidak dibenarkan. Secara logik akal, mana mungkin ada orang berani nak bercuti di saat negara dilanda virus yang sangat berbahaya. Virus yang tak nampak dimata, tak tahu siapa pembawa dan sangat mudah merebak. Setelah redha dengan kehilangan kerja dan juga pendapatan, maka berkurunglah aku kat rumah. Dan lagi buat rasa tertekan bila anak-anak terkandas dikampung. Ya,anak-anak balik kampung awal cuti sekolah dan sepatutnya duduk kat kampung untuk seminggu sahaja. Tapi bila dilaksana perintah kawalan pergerakan (PKP) jadi kami tak dapat ambil anak-anak. Rentas negeri juga adalah dilarang. Setiap hari aku berdoa, semoga semua ni cepat-cepat berakhir. Hari-hari telefon anak-anak untuk hilangkan rindu. Tapi berbual di telefon tak sama dengan adanya anak-anak depan mata. Rindu nak bersembang dengan diaorang, rindu nak bergaduh dan sesungguhnya tiada anak-anak tak berseri rumah.Ada yang cakap, " takpe, anak-anak selamat kat kampung. Kalau kat bandar banyak terdedah dengan virus ni ". Betul, tapi adalah lagi elok kalau anak-anak ada depan mata. Mak ayah sendiri pantau anak-anak.Bukan menafikan cara nenek/ opah jaga cucu tapi yang terbaik anak-anak ada dengan kita. Setiap dua minggu menunggu pengumumuan Perdana Menteri, mengharapkan yang terbaik dan semestinya mengharapkan agar PKP berakhir. Hanya mampu berharap memandangkan kes masih tiga angka mustahil PKP akan ditamatkan. Dan setiap kali Abah PM umumkan PKP kan dilanjutkan secara automatik air mata mengalir. Terus terbayang anak-anak. Memang masa tu rasa 'down' sangat teruk. Suami jadi risau sebab tengok aku asyik nangis, rindu kan anak-anak.Mata bengkak-bengkak dan hilang selera makan. Hanya Allah yang tau keadaan aku masa tu. Hilang kerja, hilang mata pencarian pun aku tak nangis teruk tapi bila tak dapat jumpa anak-anak rasa hilang arah. Suami pujuk aku, dia suruh sabar. Nanti dia akan usahakan bawa anak-anak balik. Cuma tengok pada keadaan semasa. Ya,aku mengharapkan semua akan kembali pulih. Dan berdoa anak-anak kat kampung sentiasa dilindung Allah dari segala penyakit dan musibah. Dah jadi rutin harian untuk kami telefon mereka. Sehari tu tak kurang dari dua kali. Disaat aku diuji dengan hilang kerja tapi Alhamdulillah suami masih tetap bekerja seperti biasa memandangkan syarikat tempat suami bekerja tu antara industri yang dibenarkan beroperasi. Dan dikurniakan suami yang sangat 'cool' juga rasa diri sangat bertuah. Setiap kali aku tanya suami apa akan jadi andai aku takde kerja selama tempoh PKP? boleh ke kita survive ? Hutang-hutang semua ?. Walaupun masih baru dalam PKP tapi aku punya fikiran ni advance sikit. Suami hanya cakap " InshaAllah,ada rezeki nanti. Pasal hutang-hutang tu kita jangan fikir sekarang. Nanti sakit kepala. Kita just follow the flow. Sampai masa nanti kita sama-sama fikir. Pasti akan ada jalan penyelesaian." Sungguh tenang bukan jawapannya? Hahahahahah. Banyak lagi aku nak tulis pasal PKP ni. Nanti aku sambung.

Monday, 6 August 2018

Sabar Itu Indah.. Alhamdulillah

Semua orang tau sabar itu separuh dari iman. Sabar itu perlukan pengorbanan dari semua segi.
Menghadap kerenah politik kat office kadang-kadang buat diri rasa terhina. Lagi-lagi bila dengan tiba-tiba muncul musuh-musuh yang tak diundang. Seriusly memang sangat sakit rasanya masa tu.
Semua orang anggap aku ni punca pergaduhan dan punca permasalah antara Miss R dan Mr A.. 
Mereka tu bukanlah suami isteri mahupun kasih kekasih, hanya sekadar teman rapat sahaja.
Mulanya kami bertiga memang rapat. Hingga satu ofis kata kami ni ibarat belangkas.

Sehingga satu hari ada perselisihan faham dalam kerja. Dan aku menjadi penyelamat untuk siapkan segala yang tertangguh dengan arahan Mr A. Ms R merasakan aku merampas dan mengambil alih kerja dia dan dia mula istiharkan diri dia tidak lagi berada dalam department Mr A. Dari hari ke hari hubungan kami makin renggang. Mr A juga ambil sikap diam diri walau pun dah dipujuk untuk berdepan dan selesaikan masalah. Sebab pada Mr A, segala hal dan arahan yang diberi tak perlu dipertikai disebab kan arahan itu adalah dari seorang BOSS..bukan dari seorang kawan.

Sejak dari hal itu dia ditukar kan ke department lain dan aku membantu Mr A dalam hal-hal pengurusan ( sebab belum rasmi pertukaran department). Dan berbulan kami dibenci. Dijadikan bahan kutukan, diperli tiap kali meeting, dikatakan punca pergaduhan dan macam-macam lagi. Kami hanya berdiam diri tanpa apa-apa balasan terhadap tuduhan tu. Orang kata diam itu lebih baik kan?Buat apa kami nak tambah bara dalam api yang tengah marak.?
Fitnah tu dah lali. Hari-hari ada je isu yang di bangkit kan. 

Orang lain juga membenci. Walau pun mereka tak tahu kisah sebenar. Aura negatif terlalu kuat masa tu. Aku pun hampir-hampir tewas dek umpatan dan kejian dari pihak sana. Mujur ada mereka-mereka yang sentiasa ada disamping aku..yang memberi semangat..yang bagi kekuatan dan keyakina diri. Sebab mereka kenal siapa aku.

Kemuncak kebencian mereka bila meraikan kenaikan pangkat dan pertukaran Ms R ke cawangan lain. Mereka meraikan dengan bua makan-makan kat ofis. Sungguh rasa terhina sangat bila semua dijemput kecuali aku. ( Mr A outstation). Dan aku umpama manusia bodoh yang disisihkan. Semua satu office dijemput kecuali aku. Perasaan masa tu rasa sedih sangat tapi kata pada diri ..takpe sabar..Allah sedang menguji..

Alhamdulillah.keadaan beransur ok bila Ms R dah takde kat ofis. Semua pun mula berbaik dengan kami dan semua unsur-unsur negatif hilang sekelip mata. Pelik kan? Tapi kami tak ambil port pun. Yang penting semua kerja settle dan hubungan antara rakan sekerja tu bertambah ok pun dah Alhamdulillah.

Allah dah kata ..beruntunglah bagi orang-orang yang sabar kerana ganjaran nya amatlah manis. Setelah hampir 5 bulan dan kami dapat tahu Ms R dipanggil ke HQ untuk tunjuk sebab disebabkan performance yang kurang memuaskan. Dan terdapat jugak pelbagai lagi versi cerita yang tak tau betul atau salah nya. Dan aku memang tak ambil port dan tak nak tahu pun.

Dan apa yang lebih membuatkan diri ini rasa amat bersyukur bila boss sendiri akui kesilapan dia menilai antara dia dan aku. Kesilapan dia mendengar hanya disatu pihak. Kesalahan dia menilai aku dari cerita-cerita yang disampaikan kepadanya. Hinggalah dia bagitau " i am totally wrong to judge you. Now i know the true color. Dan you memang selayaknya berada dimana you ada sekarang. You are better than her "
Tersentak jugak bila big boss cakap macam tu..hahahhhah...tapi saya hanya jawab jangan beza-bezakan saya dengan dia..
Alhamdulillah..berkat sabar selama ini..diam bila difitnah..senyum bila dicerca dan menangis dalam diam bila terpaksa tahan derita. Akhirnya Allah makbul doa untuk tunjukan kebenarannya.. Alhamdulillah..

Kata Mr A.. You Are Win Lisa.... Alhamdulillah...

Sunday, 26 February 2017

Khas untuk kakak Farah..

Anakku, ( khas tuk kakak farah )



Mama marah bukan sebab tak sayang

Mama bebel bukan sebab mama benci

Semua tu sebab mama sayang anak mama.



Bila mama tegur,mama harap anak mama dengar,

Bila mama jerit,mama harap anak mama faham

Bila mama halang bermakna jangan buat atau ulang



Memang  dalam banyak hal mama akan tegas

Mama nak didik anak mama sama macam mama dididik

Mama garang tapi garang mama bertempat

Mama tak kan marah anak mama tanpa sebab.



Kakak selalu kacau adik, mama marah

Kakak tak nak makan , mama bebel

Kakak suka tidur lambat sebab tengok tab,marah jerit,

Kakak kata mama jahat, tak nak kawan mama,

Takpe mama tak ambil hati

Sebab mama tau suatu hari anak mama akan faham.



Sekarang anak mama kecik lagi

Tak faham apa yang mama cuba sampaikan

Tapi bila anak mama dah besar anak mama akan faham.

Mama sayang anak mama..



Tuesday, 6 December 2016

Happy 9 years working anniversary...

Dec 2007

Memulakan kerjaya sebagai account executive di sebuah syarikat logistik. Masa tu gaji yang ditawarkan RM 1500 untuk 3 bulan percubaan, Andaikata prestasi kerja yang bagus akan ada kenaikan gaji. ( as per offer letter ). Permulaan yang agak mencuak kan bagi seorang budak fresh ,yang belum ada apa-apa pengalaman dan belum memahami sepenuhnya selok belok accounting in term of work. Kena start dari awal dan kena ambik alih kerja orang dalam erti kata lain kerja yang ditinggalkan tu berterabur dan tak tersusun. Heheheheh masa tu memang pecah kepala jugak lah nak cari satu-satu dokument,nak godek-godek account system yang satu benda pun tak tahu. Dan yang paling haru auditor is coming for audit soon... mau tak gelabah kucing masa tu. Akaun pulak tak update dari bulan mac.  ohhhh mati la nak...

Normal lah bila budak baru memang takde lah sesiapa nak layan sangat. Tambah pulak En Manager aka boss pulak on medical. Maka makin lah cacar marba nya aku ni sebagai pendatang baru. Dengan work station nya tak ada terpaksa lah aku ni menumpang kat bilik manager sementara. Sedih lah jugak time tu tapi nak buat camne kan..terima jelah. Nak demand lebih-lebih nanti dikatakan belagak diva pulak. Sementara en boss takde aku kena report duty kat accountant yang aku namakan Miss 'S'.
Dia ni memang langsung tak membantu pun. Bila tanya apa-apa dia akan cakap camni '' you are degree student. Why you asked me that simple question? You go and find the anwer by yourself. dont asked the stupid question''.... pergh kerek gile. Terkedu gak aku.Tapi nasib baik ada gak lah senior-senior yang bersimpati dengan aku. Datang dan pujuk aku dan bagitahu memamg Ms S tu gitu. Hhahahah.. so kesimpulannya aku banyak belajar sendiri dan dibantu oleh senior-senior kat situ.

Ok cerita pasal department aku pulak. Department aku kecil aje. Ada 5 orang staf aje. Manager (1),operation (2) ,hr and admin (1) dan account (1). Bila tak ramai maka kami sangat rapat. Ibarat macam adik beradik. Ada masa kami serius,ada masa kami gelak dan ada masa kami nangis ( itu aku ) hahahaaha. Memang sangat best time tu dan dapat pulak boss yang sangat baik hati. Walau pun berlainan agama tapi dia selalu tegur aku kalau aku pakai baju yang dia rasa tak sesuai dengan personaliti aku yang bertudung litup ni. Maklum lah time muda remaja aku pun terlebih jugak. Hahahahahhah. Satu benda yang boss aku ni selalu cakap dia anggap aku ni macam adik dia. So kalau dia marah aku dia akan marah sama macam seorang abang marah adik nya. Dengan boss aku memang takde rahsia. Kalau pun aku nak rahsia or sorok apa-apa memang tak kan berjaya sebab dia tahu macam mana nak korek rahsia. Maka dia selalu akan tengok aku nangis. Hubungan rapat aku ngan boss ni pun ada yang buat cerita. Konon aku ni anak emas boss..tak pernah kena marah...apa aku buats semua betul..tapi diaorg tak tahu yang aku ni selalu kena maki,selalu kena marah lagi teruk dari orang lain.

Syarikat ni memang best sebab semua macam family. Kita panggil each others pun kakak dan abang. Politik tu adat lah. Mana -mana pun ada. Sama jugak '' makcik kantin '' yang suka gosip-gosip , internet bergerak pun ada. Walau pun dah tak kerja kat sana terlalu banyak kenangan suka dan duka yang memang akan terpahat kukuh kat dalam hati ni. Mana mungkin nak lupa tempat pertama aku cari rezeki dan tempat bertemu jodoh jugak. Hhahhahahahah...rindu dengan mereka dan ada antara rakan sekerja aku dulu dan pergi mengadap Yang Maha Pencipta, Semoga roh mereka dicucuri rahmat.Walau pun dah tak kerja satu bumbung masih ada antara kami yang still berhubung. Especially my boss.. masih lagi menjadi kawan selama nya.

2016
9 tahun bekerja ,( 8 tahun logistik company,1 tahun engineering company) terlalu banyak pengalaman pahit manis. Dah lihat macam-macam kerenah dan perangai manusia, Berapa ramai yang datang dan pergi. Zaman sekarang jauh beza dengan zaman dulu. Ekonomi yang tak stabil dan merosot. Banyak syarikat -syarikat yang tak mampu nak survive dalam keadaan ekonomi yang sedang tenat ni. Dan aku antara yang mengalami zaman kejatuhan bila mana syarikat tempata ku bekerja gulung tikar. 3 bulan jobless dan syarikat masih berhutang gaji akhir hingga kini. Zaman sekarang sijil dan pengalaman yang ada bukan jaminan untuk dapat kerja. Aku pernah pergi berpuluh interview tapi satu pun tak dapat dengan alasan terlalu banyak pengalaman dan mereka hanya perlukan fresh graduate. Yeah..fresh graduate hanya perlu bayar gaji minimum dan terpulang sama ada mereka nak atau tak. Untuk yang fresh,ambil apa saja peluang yang ada depan mata sebab kat luar sana tu berapa ramai yang masih tanam anggur? Antara sebab nya terlalu memilih kerja. Minta maaf ye dalam zaman sekarang kalau fresh graduate dah berangan gaji 3k ke atas tu lupakan lah.

Lepas 3 bulan tanam anggur finally ada syarikat yang offer kerja. Syarikat bumiputra dan ni pun pakai kabel jugak. Kalau tak memang tak kan dapat lah kot..hahahah..so sekarang i am happy working with the company. Dan mengharapkan rezeki untuk company ni akan terus melimpah ruah,. Inshaallah.

So 9 tahun masih lagi berkhidmat dalam bidang perakaunan, Congratulation to me and hopefully more succesful in the future. Aminnn.

Monday, 27 June 2016

Tinggal Kenangan (2012-2016)

Apa yang saya sangat takut dan selalu berfikir mengenainya akhirnya terjadi jugak. Hampir setahun saya cuba untuk pertahankan, melalukan apa saja demi untuk selamatkannya, selalu lupakan pasal diri sendiri demi untuk melihatnya terus maju dan berkembang. Saya gigih siapkan kerja-kerja yang terbengkalai selama saya cuti bersalin. Saya cekal kan hati untuk melihat ianya terus membangun dan berkembang. Saya sanggup berkerja walaupun masih dalam cuti bersalin dengan bantuan sahabat menghantar semua document ke rumah dan saya menghadap kertas-kertas, laptop,sytems dan buat analisis sehingga awal pagi. Saya memang tak kisah sebab saya tak sanggup untuk terima hakikat ianya hampir jatuh.

Tetapi siapa lah saya untuk terus bertahan, Saya hanya insan kecil yang hanya mampu memberikan pendapat,pandangan dan tenaga sedangkan mereka yang lebih berpengaruh, lebih tinggi jawatan hanya diam tanpa berbuat apa-apa. Saya bukan pemilik, bukan juga boss tetapi saya hanyalah seorang pekerja biasa. Apalah yang mampu saya buat sekiranya mereka yang patut berusaha mempertahankan sebuah syarikat hanya ambil sambil lewa sahaja.

Saya rasa sangat berat hati kerana saya rasa syrikat ini ada potensi untuk terus maju sekiranya semua component dalam syarikat bekerjasama dan memberikan yang terbaik. Tapi apa yang sangat susah untuk diubah adalah attitude seseorang. Tambahan pula bila sudah rasa sangat selesa dengan apa yang telah ada, sampai merasakan apa yang ada itu akan kekal. Sedangkan ada pepatah berkata mudah untuk mencapai kejayaan tetapi amat payah untuk mengekalkan kejayaan itu.

Akhirnya 31 May 2015 adalah menjadi satu tarikh dimana saya dengan tanpa rela terpaksa pergi tinggalkan segala kenangan selama 3 tahun disitu. Sayu hati untuk melangkah. Berat hati untuk biarkan segala nya.. tetapi Allah ada perancangan lain untuk diri ni. Percaya pada rezeki dan percaya setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Percaya pada rezeki yang akan datang. Friendship will never end ever we are not in the same company but we can still be together. Wish all the best to all of us and hope one day we will work together again. We miss all the memories and kept in my hearth.

Monday, 28 March 2016

Oh My Excell

Ini cerita pasal interview yang aku pergi baru ni.( opss)...ok pasal pa pergi interview ni nanti aku cerita. Tapi sekarang ni nak cerita pasal hal yang jadi masa interview tu. Sebenarnya dah lama aku tak hadir mana-mana interview ni sebab terasa diri dah tua sangat nak menjawab soalan dan terasa tua sangat nak start all over again. Tapi disebab kan ada sebab maka hadir juga lah interview nya.

Mula-mula aku terpaksa jawab soalan pasal double entry.Soalan yang pertama ok lah. Boleh jawab dengan jayanya..tetapi bila masuk soalan no 2 aku terus jadi blur kejap.. OMG pivot table? alamak..macam mana nak buat? blur...terus blur.. dalam hati dah terdetik masak lah camni. First stage dah gagal. belum lagi masuk 2nd stage.

So bertabahlah..buat aje lah mana yang tau. Tapi sebenarnya tak tau...huhuhuhu.Actually pivot table ni pernah buat time kerja kat egineering company dulu. Tapi itu pun jarang sangat gunanya. So betul-betul tak tak ingat dan tak tau nak buat. Maka soalan ke 2 itu tak berjawab lah kesudahannya.

Dari situ hati dah tak ada semangat nak jawab soalan penemuduga tu. Jawab pun tergagap sebab dari awal dah tau mesti tak dapat. Bila account manager tu tanya ada apa-apa nak tanya tak? terus aku cakap takde walaupun sebenarnya banyak nak tau pasal company tu. Emmm...bila Cik Lisa dah give up..otak pun dah blank maka sampai situ aja lah kan....hahahhaha

nota kaki:  Perlu belajar pasal excell pulak lepas ni...

MY FIRST BLOG

  This is the example of the blog i created just now. It's not that good but I think its good enough for me,right? this is about me writ...